Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Namun begitu, bola jaring juga boleh dimainkan di gelanggang berumput di kawasan terbuka atau dibuat khas dengan menggunakan gelanggang simen atau parket sekiranya dimainkan di dalam dewan yang tertutup. Garisan sepanjang 30.50m dinamakan garisan tepi manakala garisan 15.25m dinamakan garisan gol. Gelanggang terbahagi kepada 3 sempadan utama, 1 bulatan tengah dengan jejari 45.7sm dan dua separa bulatan yang dipanggil kawasan menjaring ataupun kawasan D di mana tiang gol didirikan pada pusat bulatan.
HANTARAN a. HANTARAN ARAS BAHU Hantaran ini dapat dilakukan kerana bola hantaran paras bahu dapat dilontar dengan lebih tinggi dan jauh. TEKNIK HANTARAN BOLA PADA ARAS BAHU Pegang bola di atas tapak tangan kanan. Kaki kiri melangkah ke hadapan bertindak sebagai [aksi pergerakan kaki kanan. Berat badan berada di atas kaki kanan. Bawa bola ke belakang kepala dengan kedudukan siku dibengkokkan. Pindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri semasa membuat hantaran. Tolak bola dengan kuat dan terus ke hadapan atau flick. Tangan dan jari ikut lajak arah bola di hantar. Bagi hantaran jarak jauh gunakan pergerakan ‘whip’pergelangan tangan. b. HANTARAN BOLA ARAS DADA Hantaran aras dada ialah satu hantaran yang kuat, cepat dan jarak yang tidak begitu jauh. TEKNIK HANTARAN BOLA ARAS DADA Jari tangan pemain dibuka untuk mencekap bola. Bola berdekatan badan iaitu pada aras dada. Tangan dibengkokkan dan suku dalam keadaan seimbang. Pemain dalam kedudukan seim