Langkau ke kandungan utama

TEKNIK-TEKNIK / KEMAHIRAN DALAM BOLA JARING



HANTARAN

a. HANTARAN ARAS BAHU

Hantaran ini dapat dilakukan kerana bola hantaran paras bahu dapat dilontar dengan lebih tinggi dan jauh.



TEKNIK HANTARAN BOLA PADA ARAS BAHU

  • Pegang bola di atas tapak tangan kanan.
  • Kaki kiri melangkah ke hadapan bertindak sebagai [aksi pergerakan kaki kanan.
  • Berat badan berada di atas kaki kanan.
  • Bawa bola ke belakang kepala dengan kedudukan siku dibengkokkan.
  • Pindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri semasa membuat hantaran.
  • Tolak bola dengan kuat dan terus ke hadapan atau flick.
  • Tangan dan jari ikut lajak arah bola di hantar.
  • Bagi hantaran jarak jauh gunakan pergerakan ‘whip’pergelangan tangan.

b. HANTARAN BOLA ARAS DADA

Hantaran aras dada ialah satu hantaran yang kuat, cepat dan jarak yang tidak begitu jauh.



TEKNIK HANTARAN BOLA ARAS DADA

  • Jari tangan pemain dibuka untuk mencekap bola.
  • Bola berdekatan badan iaitu pada aras dada. Tangan dibengkokkan dan suku dalam keadaan seimbang.
  • Pemain dalam kedudukan seimbang dan kaki kiri ke hadapan.
  • Pemain hendaklah mengambil satu langkah ke hadapan.
  • Siku dan kesemua jari hendaklah diluruskan dan tangan ditolak ke hadapan serentak dengan kekuatan bola.

C. HANTARAN ATAS KEPALA 

TEKNIK-TEKNIK HANTARAN BOLA ATAS KEPALA
  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan 
  • Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan tinggi di atas kepala. 
  • Ledingkan badan ke belakang sedikit. 
  • Bengkokkan siku dan bawa bola ke hadapan kepala. Sambil itu tolak bola ke hadapan dengan meluruskan tangan. 
  • Ikut lajak.

D. HANTARAN LANTUN

TEKNIK TEKNIK HANTARAN LANTUN

  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. 
  • Pegang bola dengan kedua-dua tangan dan bawa bola ke aras pinggang. 
  • Pindahkan berat badan ke kaki hadapan. 
  • Luruskan tangan dan tolak bola rendah dengan kuat. 
  • Ikut lajak.

E. HANTARAN SISI


 Hantaran sisi dilakukan untuk membuat hantaran cepat menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan.

Teknik melakukan hantaran sisi menggunakan kedua-dua belah tangan

  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. 
  • Bengkokkan sedikit lutut hadapan, bawa bola dengan kedua-dua belah tangan ke belakang. 
  • Luruskan kaki hadapan dan bengkokkan lutut belakang. Sambil itu ayunkan tangan ke hadapan dan tolak bola ke sasaran. 
  • Ikut lajak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

POSISI DAN KEDUDUKAN BOLA JARING

Setiap pemain akan diberikan posisi yang bersesuaian dengan fizikal dan teknik mereka. Setiap posisi mempunyai peranannya. Mari kita lihat.  Penjaga gol (goal keeper = GK)  Menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan baik di dalam kawasan mahupun di luar kawasan jaringan. Penjaga gol boleh keluar masuk kawasan gol. Di antara tugasnya ialah menjaga kawasan jaringan dan menghalang penyerang di dalam kawasan jaringan. GK juga perlu bekerjasama dengan penahan gol (GD). Penahan gol (goal defence = GD)  Menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol (GA) pasukan pihak lawan sama ada di dalam kawasan tengah, kawasan gol atau di dalam kawasan jaringan. GD boleh menghalang hantaran atau mengawal mana- mana pemain dalam kawasan tengah atau kawasan gol, tetapi tugas utamanya ialah menghalang penyerang gol daripada membuat jaringan. GD juga boleh menerima bola dari hantaran tengah. Penahan sayap (wing defence = WD) Merupakan pemain pertahanan. Tugasnya iala

GELANGGANG BOLA JARING

Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Namun begitu, bola jaring juga boleh dimainkan di gelanggang berumput di kawasan terbuka atau dibuat khas dengan menggunakan gelanggang simen atau parket sekiranya dimainkan di dalam dewan yang tertutup. Garisan sepanjang 30.50m dinamakan garisan tepi manakala garisan 15.25m dinamakan garisan gol. Gelanggang terbahagi kepada 3 sempadan utama, 1 bulatan tengah dengan jejari 45.7sm dan dua separa bulatan yang dipanggil kawasan menjaring ataupun kawasan D di mana tiang gol didirikan pada pusat bulatan.